Tuesday, October 14, 2008

Masukkan dan muat turun MP3

Berminat untuk muat-turun lagu Jason Marz Im Yours.
Klik pada link ini: Jason_Mraz -_Im Yours.mp3

Anda tentu pernah melihat link atau pautan seperti di atas ini. Jika anda mempunyai lagu kegemaran yang ingin dikongsi bersama pembaca Blog yang lain, anda boleh sediakan pautan atau alamat URL laman web yang mengandungi fail lagu tersebut. Sebagai contoh MP3 Jason Marz 'I'm Yours' ini diambil daripada savefile.com

Langkah 1 - taipkan di enjin carian tajuk lagu atau nama penyanyi yang diinginkan. Masuk ke laman web tersebut. Di savefile.com misalnya terdapat link atau pautan yang memberi alamat URL kepada fail lagu berkenaan. Salin (copy) alamat. Anda juga boleh Right Click pada fail MP3 berkaitan untuk mendapatkan alamat URL jika anda ambil daripada laman web lain.
Langkah 2 : Buka halaman create Post di Blog anda. Taipkan teks yang dinginkan atau terus 'paste' alamat URL tadi ke dalam ruangan teks.


Anda boleh edit tajuk URL ini atau rename semula. Saya pendekkan kepada nama penyanyi dan tajuk lagu sahaja. Kemudian klik Publish Post.
Langkah 3 : Anda boleh View Post anda dan cuba klik pada pautan yang anda masukkan sebentar tadi. Jika 'menjadi' anda akan dibawa ke laman web sumber lagu berkenaan dan pembaca Blog anda sudah boleh memuat-turun daripada sana. Selamat mencuba.

0 comments: