Wednesday, October 22, 2008

Promosi A-Z Blog di Generasi Y TV1

Baru-baru ini saya dijemput sekali lagi untuk menjadi panel dalam rancangan Generasi-Y terbitan TV1. Kali ini kami membincangkan topik Blog dan Laman Web Sosial. Pada masa yang sama saya sempat mempromosikan buku A-Z Blog: Tip untuk Blogger wanita. Saya akan masukkan petikan rakaman live show itu nanti.

screenshot







Tuesday, October 21, 2008

Tukar templat blogger.com

Saya menerima beberapa komen yang meminta saya tunjukkan cara tukar templat lain selain daripada templat asal yang terdapat di Blogger.com. Anda boleh lakukannya dengan mudah, tidak sampai lima minit pun (bergantung kepada kelajuan pelayan). Berikut adalah caranya... selamat mencuba!

Langkah donlod fail templat XML
1.Kena cari laman web yang ada menawarkan templat untuk Blogger.com. Cth btemplates.com.



2. Pilih templat yang anda inginkan. Klik download.



3. Klik Save / Open file. Pilih destinasi simpanan fail anda. Setelah fail Zip ini didownload, extract all files terlebih dahulu.



OK, Done! Skang kita ke bahagian nak masukkan templat ke Blogger.com pula


Langkah upload templat ke Blogger.com
4. Nak masukkan templat ke Blogger.com juga mudah. Seperti biasa, log masuk ke laman blog anda. Anda akan dibawa ke halaman Dashboard. Klik Layout.



5. Kemudian klik Edit HTML.



6. Browse fail yang anda simpan tadi dan kemudian Upload fail tersebut. Fail yang perlu anda upload adalah yg dalam format XML (ada logo seakan web diatasnya).
*Anda boleh buat download full template, templat terdahulu. Apa2 boleh balik semula ke templat asal.



7. Confirm dan Save. Apa lagi, View Blog anda!

Tuesday, October 14, 2008

Masukkan dan muat turun MP3

Berminat untuk muat-turun lagu Jason Marz Im Yours.
Klik pada link ini: Jason_Mraz -_Im Yours.mp3

Anda tentu pernah melihat link atau pautan seperti di atas ini. Jika anda mempunyai lagu kegemaran yang ingin dikongsi bersama pembaca Blog yang lain, anda boleh sediakan pautan atau alamat URL laman web yang mengandungi fail lagu tersebut. Sebagai contoh MP3 Jason Marz 'I'm Yours' ini diambil daripada savefile.com

Langkah 1 - taipkan di enjin carian tajuk lagu atau nama penyanyi yang diinginkan. Masuk ke laman web tersebut. Di savefile.com misalnya terdapat link atau pautan yang memberi alamat URL kepada fail lagu berkenaan. Salin (copy) alamat. Anda juga boleh Right Click pada fail MP3 berkaitan untuk mendapatkan alamat URL jika anda ambil daripada laman web lain.
Langkah 2 : Buka halaman create Post di Blog anda. Taipkan teks yang dinginkan atau terus 'paste' alamat URL tadi ke dalam ruangan teks.


Anda boleh edit tajuk URL ini atau rename semula. Saya pendekkan kepada nama penyanyi dan tajuk lagu sahaja. Kemudian klik Publish Post.
Langkah 3 : Anda boleh View Post anda dan cuba klik pada pautan yang anda masukkan sebentar tadi. Jika 'menjadi' anda akan dibawa ke laman web sumber lagu berkenaan dan pembaca Blog anda sudah boleh memuat-turun daripada sana. Selamat mencuba.

Monday, October 13, 2008

PERTUKARAN KANDUNGAN


Disebabkan Blog ini dibina sebagai sokongan kepada buku tulisan saya A-Z Blog: Tip untuk Blogger Wanita. Kandungannya selepas ini akan ditukarkan daripada Makanan/Masakan kepada hal-hal berkaitan Blog. Boleh dijadikan rujukan tambahan yang lebih bermanfaat buat pembaca buku A-Z Blog di luar sana. Selamat membaca dan memBlog!